Sebab Kenapa Filem Boboiboy The Movie 2 Memang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera , pada blog pertama ini , fit ingin memberi beberapa sebab dan ulasan/review ( non-spoiler ) tentang filem terbaru terbitan Monsta Studio & Astro Shaw iaitu Boboiboy The Movie 2 .

Antara beberapa soalan yang kerap/sering di tanya sebelum menonton filem ini 👇🏻

“Filem ni best sangat ker ? “

” Perlu tonton dulu ker semua Siri Boiboiboy sebelum tonton filem ini ?”

Filem ini ditayangkan di mana ? “

Baru sehari ditayangkan di pawagam Boboiboy The Movie 2 telah berjaya mendominasi carta di tempat yang pertama mengalahkan filem blockbuster Hobbs & Shaw ! Tahniah !

    🔴Jalan Cerita Yang Menarik👍🏻

Filem Boboiboy The Movie 2 ini mempunyai jalan cerita yang lebih menarik berbanding filem yang lepas dan tv siri yang membuatkan penonton tidak akan berasa bosan apabila menonton filem ini . Hal demikian kerana filem ini mempunyai lawak/komedi yang pecah perut ! Serta tidak ketinggalan babak/scene aksi yang bertaraf antarabangsa seperti filem Kung Fu Panda , Anime dan banyak lagi !!! Filem Boboiboy The Movie ini juga mempunyai beberapa babak dramatik yang akan membuatkan penonton berasa sedih dan menangis .

Jalan cerita filem ini memang menarik , mudah difahami dan enjoyable !👍🏻✨

    🔴Sesuai Untuk Semua lapisan Masyarakat👦🏻🧑🏻👨🏻👩🏻‍🦳👨🏻‍🦳

Seperti yang sedia maklum , jika kita bercakap mengenai filem animasi/cartoon mesti sesetengah orang akan mengatakan bahawa ia hanya untuk tontonan kanak-kanak sahaja dan bukan untuk semua lapisan masyarakat .Tetapi Filem boboiboy the movie 2 ini dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat kerana filem ini sesuai ditonton oleh semua ahli keluarga yang terdiri daripada kanak-kanak , remaja & dewasa !!!

    🔴Watak/Karakter🔥

Apabila menonton filem ini , penonton akan disajikan dengan watak-watak serta karakter yang menarik ! Setiap watak-watak mempunyai ‘peranan‘ masing-masing , filem ini memfokuskan watak Boboiboy dan rakan-rakannya iaitu Gopal , Yaya , Ying dan Fang dalam pengembaraan mereka untuk mengalahkan villain/penjahat yang baharu iaitu Rekta’ka !!! Saksikan pengembaraan mereka di pawagam berdekatan dengan anda sekarang !

    🔴Grafik Animasi Taraf Antarabangsa

Filem animasi negara Malysia kini jauh lebih baik serta maju berbanding dahulu , pada bulan Mac yang lalu kita telah disajikan grafik animasi yang cantik serta menarik oleh filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal , sekarang tiba masanya untuk filem Boboiboy The Movie 2 pula !!! Dan juga ditunggu-tunggu iaitu filem animasi tempatan pada akhir tahun 2019 ini iaitu Ejen Ali The Movie : Misi Neo yang akan dijangka temui peminat pada bulan November atau Disember ini !

    🔴Ending & Post Credit Scene yang Mindblown !⭐️

Kebanyakan filem-filem sebelum ini mempunyai ending atau penutup yang kurang memuaskan serta tergantung sepi ( seperti lagu Haqiem Rusli 😅 ) Tetapi untuk filem Boboiboy The Movie 2 ini mempunyai penutup serta Ending yang baik ! Seterusnya , apabila habis sahaja movie ini jangan keluar dari hall terus ! Kerana filem ini mempunyai post credit scene yang akan membuatkan otak anda meletop ! Dan berasa tidak sabar untuk menunggu tv Siri serta movie yang akan datang !!!

Kesimpulannya , filem Boboiboy The Movie 2 ini memang TERBAIK ! Dan layak mendapat 5/5⭐️ jadi , korang tunggu apa lagi ? Pergi menonton filem Boboiboy The Movie ini sekarang di pawagam yang berdekatan dengan anda ! Dijamin anda tidak akan menyesal serta rugi apabila menonton filem terbaik serta gempak ini !!! Teruskan menyokong filem gempak dan berkualiti tempatan !!!

Itu sahaja untuk review non-spoiler serta blog kali ini ! Korang juga boleh dengar sendiri review non-spoiler fit tentang filem Boboiboy The Movie 2 ini ( akan datang ) di YouTube channel Kkm Corporation , jangan lupa untuk like , follow , share serta Subscribe YouTube channel fit , dan jika ada kesempatan pada masa akan datang , insha-Allah kita berjumpa lagi di blog yang akan datang !! Byeee terima kasih !!!

Subscribe Now my YouTube channel : Kkm Corporation😊👍🏻